PM Anwar Hadir Rasmikan Konvensyen KEADILAN Sabah

Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidato pada Konvensyen KEADILAN Sabah di SICC di Kota Kinabalu. Foto Facebook
KOTA KINABALU, 4 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bagi menghadiri Konvensyen KEADILAN Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu hari ini.
Anwar diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Datuk Mustapha Sakmud dan pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan.
Terdahulu Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut Hajiji dan seterusnya bergerak menuju ke SICC dan tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Kira-kira 14,000 orang hadir melepasi jangkaan penganjur seramai 10,000 orang dengan ada di antaranya hadir dari Tawau, Kalabakan dan Semporna selain Lahad Datu, Kudat dan Pensiangan.
Yang turut hadir Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin serta Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick.
Turut hadir Menteri Pendidikan merangkap Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek dan Naib-Naib Presiden Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
