PRISMAnita Diluncur, Cukai Dikecualikan Bagi Lindungi Wanita – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika melancarkan insiatif PRISMAnita di MITEC, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Kerajaan memperkenalkan inisiatif Perantara Rujukan, Intervensi, Sokongan, Maklumat dan Advokasi untuk Wanita (PRISMAnita) dalam menangani pelbagai isu kekeluargaan termasuk keganasan rumah tangga.

Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita berkenaan diwujudkan bagi memudahkan akses wanita kepada perkhidmatan bantuan secara lebih pantas, selaras dan mesra mangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika melancarkan insiatif PRISMAnita di MITEC, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2026. Foto PMO

“Inisiatif ini tidak terhad kepada penyediaan perkhidmatan di bawah KPWKM sahaja, tetapi menerusi rangka Kerajaan Madani, ia tidak akan dibiarkan bergerak secara silo.

“Program dan acara di bawah KPBWKM mesti didukung sepenuhnya oleh semua kementerian serta jabatan berkaitan,” katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (Shwa26), di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika melancarkan insiatif PRISMAnita di MITEC, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2026. Foto PMO

Selain itu, beliau turut mengumumkan insentif pengecualian cukai kepada badan korporat yang menaja caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (Lindung Kasih).

Menerusi mekanisme baharu itu, Yayasan Kebajikan Negara bertindak sebagai badan perantara kepada syarikat atau pihak yang ingin menaja caruman skim berkenaan dan melayakkan penyumbang menikmati pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika melancarkan insiatif PRISMAnita di MITEC, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2026. Foto PMO

“Dalam Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030, tumpuannya adalah pemerkasaan wanita.

“Ia termasuk usaha memperluas peluang ekonomi, memperkukuh perlindungan sosial serta mewujudkan ekosistem pekerjaan yang lebih responsif dan inklusif kepada keperluan wanita,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika melancarkan insiatif PRISMAnita di MITEC, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2026. Foto PMO


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *