Presiden Putin Sedia Jadi ‘Orang Tengah’ Konflik Israel-Iran

Dalam perbualannya dengan Pezeshkian, Putin menyampaikan ucapan takziah kepada kepimpinan dan rakyat Iran berhubung korban akibat serangan Israel. Foto Reuters

ISTANBUL, 14 Jun – Presiden Vladimir Putin pada Jumaat menyatakan kesediaan Rusia untuk menjadi pengantara antara Israel dan Iran bagi membantu mengelakkan ketegangan daripada terus memuncak susulan gelombang serangan udara Israel ke atas wilayah Iran, menurut Kremlin.

Menurut Anadolu Ajansi, Putin mengadakan panggilan telefon berasingan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, serta mengecam serangan terbaru Israel ke atas Iran sambil menawarkan pengantaraan Rusia bagi meredakan ketegangan.

Dalam perbualan telefon dengan Netanyahu, Putin menekankan keperluan penyelesaian secara aman terhadap pertikaian Israel-Iran dan menggesa kembali ke meja rundingan.

Serangan udara Iran mensasarkan beberapa kemudahan tentera termasuk Kementerian Perang Israel dan bangunan kediaman di Ramat Gan pada 13 Jun 2025.

“Kepentingan untuk menyelesaikan semua isu berkaitan program nuklear Iran secara eksklusif melalui kaedah politik dan diplomatik turut ditekankan,” menurut Kremlin dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa Moscow bersedia menawarkan khidmat pengantaraan “bagi mengelakkan ketegangan selanjutnya.”

Pejabat Perdana Menteri Israel sebelum itu memaklumkan bahawa Netanyahu merancang untuk memberi taklimat kepada Putin mengenai perkembangan terkini.

Dalam perbualannya dengan Pezeshkian, Putin menyampaikan ucapan takziah kepada kepimpinan dan rakyat Iran berhubung korban akibat serangan Israel.

Serangan udara Iran menemui sasaran termasuk Kementerian Perang Israel di Tel Aviv pada 13 Jun 2025. Foto X

Moscow turut “mengutuk sekeras-kerasnya” tindakan Israel yang disifatkan melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa.

Putin menegaskan semula sokongan penuh Rusia terhadap usaha damai dalam menyelesaikan isu berkaitan program nuklear Iran.

Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei berikrar akan memberikan respons keras, yang bermula pada Jumaat malam susulan operasi ketenteraan Israel pada awal pagi hari sama, menyasarkan kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran serta membunuh beberapa pegawai tertinggi tentera dan saintis terkemuka negara itu.

Serangan udara Iran mensasarkan beberapa kemudahan tentera termasuk Kementerian Perang Israel dan bangunan kediaman di Ramat Gan pada 13 Jun 2025.

Serangan berterusan sehingga Jumaat malam membabitkan bandar seperti Tehran, Natanz, Tabriz dan Isfahan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *