Polis Trafik Maut Ketika Operasi Samseng Jalanan

Jenazah Lans Koperal Muhammad Amirul Aiman dijangka dibawa ke kampung halamannya di Ajil, Terengganu untuk disemadikan.

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan ketika menjalankan operasi di sekitar ibu negara, awal pagi tadi.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata insiden berlaku ketika Lans Koperal Muhammad Amirul Aiman Muhammad Othman, 24, bertugas dalam Op Samseng Jalanan Fasa Kedua yang bermula jam 12 tengah malam.

“Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi, Allahyarham bersama seorang lagi anggota sedang mengekori sebuah motosikal… bukan mengejar tetapi mengekori seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi samseng jalanan.

Lans Koperal Muhammad Amirul Aiman Muhammad Othman, 24, bertugas dalam Op Samseng Jalanan Fasa Kedua yang bermula jam 12 tengah malam.

“Namun setiba di susur dari Jalan Tun Razak ke Jalan Kuching, motosikal ditunggang Allahyarham dipercayai terbabas kerana keadaan jalan masih basah dan licin ketika itu,” katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, hari ini.

Turut hadir menziarahi ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, bersama isteri, Datin Zuraini Abd Razak.

Memaklumkan lanjut, Mohd Zamzuri berkata, Allahyarham terjatuh ke bahagian kiri jalan, manakala seorang lagi anggota yang menunggang motosikal berasingan pada jarak kira-kira 10 saat di belakang mangsa turut terjatuh.

Susulan itu, beliau berkata, Allahyarham dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang lagi anggota terbabit mengalami kecederaan ringan.

“Allahyarham berkhidmat di JSPT Kuala Lumpur sejak tamat latihan kira-kira empat tahun lalu, dan bertugas di Bahagian Risikan/Operasi sejak setahun lalu,” katanya.

Difahamkan, Allahyarham meninggalkan seorang isteri serta tiga anak, dan jenazahnya akan dibawa balik untuk majlis pengebumian di Ajil, Terengganu, hari ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *