Polis Mexico Tembak Mati Empat Kartel Di Sempadan Guatemala

Sebuah kenderaan polis Mexico yang dirosakkan dalam serangan yang membunuh empat anggota kartel di Chiapas pada 8 Jun 2025. Foto X

TUXTLA GUTIERREZ, 9 Jun – Polis di negeri selatan Mexico, Chiapas, bersama pasukan persekutuan hari ini menembak mati empat individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah menerusi satu insiden kejar-mengejar berhampiran kawasan sempadan Guatemala.

Menurut kenyataan Sekretariat Keselamatan Awam negeri itu, kejadian berlaku di perbandaran Frontera Comalapa selepas pasukan keselamatan diserang ketika menjalankan rondaan rutin.

“Pihak berkuasa membalas tembakan… dan berjaya menembak mati empat individu yang disyaki ahli kumpulan jenayah terancang,” menurut kenyataan itu.

Kawasan sempadan berada dalam kawalan dan pihak tentera serta polis mempergiatkan rondaan di kawasan terbabit bagi menjamin perlindungan dan keselamatan penduduk.

Media tempatan melaporkan pasukan keselamatan berkemungkinan memasuki wilayah Guatemala semasa insiden kejar-mengejar berkenaan.

Naib Presiden Guatemala, Karin Herrera, dalam kenyataan di platform X, memaklumkan kawasan sempadan berada dalam kawalan dan pihak tentera serta polis mempergiatkan rondaan di kawasan terbabit bagi menjamin perlindungan dan keselamatan penduduk.

Bagaimanapun, Sekretariat Keselamatan Awam Chiapas menegaskan bahawa operasi berkenaan dilaksanakan sepenuhnya dalam wilayah Mexico.

Sumber daripada agensi berkenaan, yang enggan dikenali, memberitahu, semua suspek yang terbunuh dipercayai anggota kartel berpengaruh, Jalisco New Generation Cartel.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Chiapas dikejutkan oleh konflik berdarah antara kartel Jalisco New Generation dan kartel Sinaloa – dua kumpulan jenayah paling berkuasa di Mexico.

Minggu lalu, lima anggota polis negeri Chiapas yang sedang menjalankan rondaan dilaporkan maut selepas diserang hendap oleh kumpulan bersenjata di Frontera Comalapa, menurut Sekretariat Keselamatan Awam tempatan.

Keganasan jenayah, yang sebahagian besarnya berkaitan dengan aktiviti pengedaran dadah, meragut sekitar 480,000 nyawa di Mexico sejak 2006, dan lebih 120,000 individu masih dilaporkan hilang.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *