Polis Cekup Individu Tawar RM5 Juta Untuk Bunuh PM Anwar Di Kota Bharu

Tangkap layar seorang individu yang menawarkan RM5 sebagai ganjaran bagi membunuh PM Anwar dan menteri kabinet di TikTok. Foto TikTok

KUALA LUMPUR, 28 NovPolis menahan seorang individu yang menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang dapat menembak mati Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Suspek ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Tawaran itu dibuat di media sosial TikTok.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain kelmarin mendedahkan menerima laporan berhubung perkara terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian perkhidmatan).

Tangkap layar seorang individu yang menawarkan RM5 sebagai ganjaran bagi membunuh PM Anwar dan menteri kabinet di TikTok. Foto TikTok

Terdahulu tular tangkap layar video yang dimuat naik suspek yang turut menyasarkan menteri kabinet. Bagaimanapun video tersebut sudah dipadam.

Pemuda PKR menggesa polis menyegerakan siasatan kerana ia boleh menggugat keselamatan dan keharmonian serta mendorong lebih banyak hasutan dan budaya ekstremis jika dibiarkan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *