PMQT: Malaysia Tembusi 240 Pasaran Eksport, Nilai RM45.5 Bilion – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 27 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, sepanjang tahun lalu, Malaysia berjaya menembusi 240 pasaran eksport hasil daripada strategi berdagang secara bebas dan mengamalkan sikap terbuka dalam memperluas ekosistem pasaran.

Perdana Menteri berkata, jualan eksport Malaysia mencecah RM45.4 bilion berkat hubungan dagang dengan pelbagai negara termasuk United Kingdom (UK), Russia, Itali, Perancis, Brazil, Korea Selatan dan Afrika Selatan dalam tempoh berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 27 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Antara produk eksport yang ditembusi ialah gas asli cecair (LNG), minyak sawit bertapis serta barangan elektrik dan elektronik (E&E), selain peningkatan dalam bidang produk semikonduktor dan aeroangkasa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia juga berjaya menangani cabaran tidak menentu, akibat beberapa langkah oleh Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan politik di peringkat global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 27 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Bagaimanapun alhamdulillah, kita mampu merekod jumlah perdagangan tertinggi dalam sejarah, iaitu RM3.061 trilion, peningkatan 6.3 peratus, ketimbang 2024.

“Hasil ini, sekali lagi kerana kita mengambil sikap terbuka, berdagang secara bebas dan mencecah kepada 240 pasaran, dengan ada satu negara, terdapat dua proses perdagangan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 27 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) mengenai prestasi dan nilai perdagangan bagi 2025 serta hasil lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri ke luar negara sepanjang tempoh itu, yang menyumbang kepada peningkatan eksport Malaysia.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri, berkata Malaysia juga mencatatkan pertumbuhan eksport sebanyak 6.5 peratus, iaitu RM1.63 trilion ke negara ASEAN, China, AS dan Kesatuan Eropah (EU), satu pencapaian tertinggi dalam sejarah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 27 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain itu, antara negara pasaran baharu yang diteroka Malaysi adalah termasuk Kyrgyzstan, Yaman, Tanzania, Togo, Uzbekistan, Angola, Algeria, Nigeria, Puerto Rico, Kenya dan Maghribi.

“Satu hal lain adalah prestasi memberangsangkan, kita mencatat lebihan dagangan, meningkat 9.2 peratus, iaitu sebanyak RM151.80 bilion, ketimbang tahun sebelumnya,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Mokhtar sebelum Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 27 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menjawab soalan tambahan Chean Chung mengenai pendekatan kerajaan supaya pihak utiliti menjadi pemudah cara bagi pelabur asing, susulan pelabur dikatakan berdepan kos tinggi dan kekangan birokrasi daripada pihak utiliti, Perdana Menteri memberi jaminan, perkara itu akan diteliti bagi memastikan kos berkenaan munasabah.

“Strategi kita mestilah meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos perniagaan dan perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 27 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita harus ambil sikap terbuka. Andai kata beberapa kos perkhidmatan seperti yang dinyatakan, hal ini akan diberikan perhatian khas oleh kementerian,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *