PM Srettha Ucap Terima Kasih Kepada PM Anwar Bantu Bebaskan Rakyat Thailand Di Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan empat mata dengan PM Srettha dalam lawatan kerjanya ke Sadao, Wilayah Songkhla di Thailand dan Bukit Kayu Hitam hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

BUKIT KAYU HITAM, 27 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan rakan sejawatan di Thailand, Srettha Thavisin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas bantuan menyelamatkan tawanan rakyatnya dalam konflik yang berlaku di Gaza, Palestin.

Katanya, Malaysia telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan yang ada selain kebijaksanaan Hamas dan Mesir membantu ke atas usaha membebaskan tawanan.

“Srettha mengucapkan terima kasih khas kepada kita kerana bantuan kita sedayanya untuk menyelamatkan tawanan iaitu orang Thailand di bawah pengawasan Hamas yang terlibat dalam konflik Israel-Gaza di Palestin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan empat mata dengan PM Srettha dalam lawatan kerjanya ke Sadao, Wilayah Songkhla di Thailand dan Bukit Kayu Hitam hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya kata kita cuba usahakan ikut kemampuan kita, tetapi kebijaksanaan Hamas dan Mesir yang bagi laluan kepada mereka untuk dibebaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Sadao, Wilayah Songkhla di Thailand dan Bukit Kayu Hitam bersama Perdana Menteri Thailand hari ini.

Dalam pada itu Malaysia dan Thailand akan membentuk satu Pasukan Tugas Bersama untuk meneliti dan meningkatkan hubungan dua hala dalam empat bidang untuk manfaat kedua-dua negara.

Anwar berkata, pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya itu turut membincangkan mengenai pembentukan pasukan tersebut.

Ujar Anwar, empat bidang tersebut adalah perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan serta keselamatan negara.

“Meskipun kedua negara adalah tetangga dekat, kami berasa bahawa kerjasama perdagangan dan ekonomi masih rendah. Malaysia dan Thailand setuju untuk mengadakan Jawatankuasa Perdagangan Bersama pada suku pertama 2024 untuk menyelesaikan masalah tertunda dan meningkatkan perdagangan dua hala.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *