PM Schoof Larang Peranti Dibawa Masuk Semasa Mesyuarat Kabinet Belanda

Perdana Menteri Belanda Dick Schoof meminta semua menteri kabinet tidak membawa telefon semasa mesyuarat kabinet. Foto AFP via Getty Images

AMSTERDAM, 23 Ogos – Menteri-menteri Belanda kini dikehendaki menyerahkan telefon bimbit mereka sebelum Mesyuarat Kabinet bagi mengelakkan risiko pengintipan, menurut peraturan baharu yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Dick Schoof.

Schoof telah melarang semua peranti elektronik yang mempunyai mikrofon seperti telefon pintar dan tablet daripada dibawa ke mesyuarat sebagai langkah berjaga-jaga, dan menyifatkannya sebagai “langkah yang wajar”.

Sebelum ini, Schoof pernah mengetuai perkhidmatan rahsia negara ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri Judith Uitermark, tiada bukti bahawa perkhidmatan rahsia asing telah mengintip telefon bimbit menteri-menteri. Perdana menteri hanya mengambil langkah berhati-hati, katanya.

Peraturan baharu ini bermakna menteri-menteri kini perlu mencatat nota menggunakan kertas semula.

Bagaimanapun, Schoof yang dilantik sebagai perdana menteri pada Julai, membenarkan rehat untuk mengakses telefon bimbit secara berkala semasa Mesyuarat Kabinet.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *