PM Kemboja, Pemangku PM Thailand Hargai Peranan Malaysia Pulihkan Hubungan

Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 28 Jul – Perdana Menteri Hun Manet berkata, mesyuarat khas antara Kemboja dan Thailand dipengerusikan Malaysia hari ini telah mencapai perkembangan yang sangat positif.

“Hari ini kita telah adakan satu mesyuarat yang amat baik dengan hasil yang positif, diharapkan perbincangan hari ini dapat hentikan serta merta pertempuran yang telah meragut banyak nyawa dan mengakibatkan kecederaan.

“Kami berharap penyelesaian yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan menjadi asas ke arah pemulihan hubungan kedua-dua negara, selain mengurangkan ketegangan pada masa akan datang,” katanya.

Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama selepas menghadiri mesyuarat khas di Kompleks Seri Perdana hari ini.

Persetujuan antara Thailand dan Kemboja untuk melaksanakan gencatan senjata serta merta tanpa syarat, adalah asas penting dalam memulihkan semula hubungan kedua-dua negara.

Nada serupa turut dinyatakan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai yang menyatakan kesediaan bagi menoktahkan perbalahan di sempadan.

Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Langkah itu ujarnya, amat bertepatan sebagai komitmen mempertahankan soal kedaulatan dan nyawa.

“Saya turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) termasuk kerajaan Kemboja.

“Ini termasuk keprihatinan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta niat baik semua pihak untuk mencapai penyelesaian secara aman.

Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kami setuju untuk laksanakan gencatan senjata dengan penuh komitmen dan keyakinan bahawa ia akan dilaksanakan dengan niat yang baik oleh kedua-dua pihak,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *