PM Anwar Ziarah Rakyat, Solat Jumaat Di Ampang

AMPANG, 9 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi rakyat dan menunaikan Solat Jumaat dalam parlimen Ampang minggu ini.

Selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, Perdana Menteri menyantuni rakyat di parlimen ini beserta makan tengah hari sekitar 12.30 tengah hari tadi di Q Bistro, Taman Dato’ Ahmad Razali, di sini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Ampang yang juga Exco Kerajaan Selangor Rodziah Ismail dan pemimpin masyarakat tempatan turut menyantuni para pengunjung restoran itu yang kebetulan juga mahu menikmati makan tengah hari.

Anwar (berbaju Melayu biru muda) berbual dengan pengunjung restoran sebelum makan tengah hari di Ampang, Selangor. Foto Bernama.

Beliau kemudian menunaikan Solat Jumaat kira-kira 1.13 tengah hari di Masjid Jamiul-Huda, Kampung Melayu, di sini bersama ratusan jemaah sekitar kariah ini.

Terdahulu beliau tiba di WTC kira-kira jam 9.05 pagi dengan disambut Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin kanan parti itu.

Beliau mendengar ucapan dasar presiden sebelum meninggalkan perhimpunan itu kira-kira jam 11.35 pagi menuju ke Ampang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *