PM Anwar Ziarah Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik PMO

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri Khairil Hilmi di Hospital Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 JanPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri Khairil Hilmi yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata keadaan Khairil semakin pulih berbanding sebelum ini.

“Petang tadi menziarahi Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri saudara Khairil Hilmi yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

“Alhamdulillah, keadaan beliau kini bertambah pulih ketimbang sebelumnya. Mendoakan saudara Khairil Hilmi dikurniakan kekuatan dan kembali pulih, insya-Allah,” kata beliau.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *