PM Anwar Zahir Ucapan Tahniah Kepada Yang di-Pertuan Agong

Hantaran di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 2 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, beliau bagi pihak Kerajaan MADANI mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dan seluruh kerabat diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
“Semoga baginda Tuanku kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.
“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya hari ini.
Sambutan hari keputeraan rasmi baginda akan dipenuhi dengan pelbagai acara antaranya majlis jamuan negara yang akan berlangsung di Istana Negara.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
