PM Anwar Utus Takziah Kepada Mangsa Letupan Di Red Fort, Delhi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan simpati melihat kenderaan meletup di Red Fort, Delhi menyebabkan beberapa mangsa terkorban dan cedera pada 10 November 2025. Foto Getty Images

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan rakyat India susulan letupan yang berlaku berhampiran Red Fort, Delhi pada petang semalam yang meragut beberapa nyawa dan mencederakan beberapa mangsa.

Menerusi satu kenyataan di laman X, Perdana Menteri menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi yang tidak masuk akal.

Beliau turut menegaskan jika disahkan sebagai tindakan keganasan, perbuatan itu wajar dikutuk sekeras-kerasnya.

“Saya amat sedih dengan letupan berhampiran Red Fort di Delhi pada petang Isnin, yang telah meragut beberapa nyawa dan mencederakan ramai lagi.

“Takziah yang mendalam saya ucapkan kepada keluarga mangsa dan rakyat India yang sedang meratapi tragedi yang tidak masuk akal ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada justifikasi untuk keganasan yang menyasarkan nyawa yang tidak bersalah dan menyemai ketakutan dalam kalangan rakyat biasa.

“Saya juga memberi penghormatan kepada responden pertama dan pihak berkuasa yang berusaha untuk menentukan punca letupan dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Polis mengawal lokasi sebuah kereta meletup berhampiran kubu bersejarah Red Fort di New Delhi pada 10 November 2025, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan sebilangan lagi cedera.

“Ingatan dan doa kami bersama semua yang terjejas,” katanya.

Terdahulu, laman berita MailOnline melaporkan sebuah kereta meletup berhampiran kubu bersejarah Red Fort di New Delhi, semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan sebilangan lagi cedera.

Polis berkata, sebuah kenderaan bergerak perlahan dan berhenti di lampu isyarat berhampiran pukul 6.52 petang (waktu tempatan) sebelum meletup berhampiran Red Fort.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *