PM Anwar Utus Takziah Kepada Keluarga Khalid Ali

Foto Allahyarham Khalid Ali yang dimuat naik di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 FebPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak tanah air, Allahyarham Khalid Ali yang meninggal dunia petang tadi.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, Datuk Seri Anwar juga berharap agar keluarga arwah Khalid sabar dan tabah di atas kehilangan ini.

“Terkenang kehebatan Allahyarham ketika menyarung jersi kebangsaan, terutama ketika membantu skuad kebangsaan layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow. Terima kasih atas jasa dan usaha mengharumkan nama negara.

“Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan bekas pemain itu meninggal dunia pada usia 66 tahun selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru.

Foto Allahyarham Khalid Ali yang dimuat naik di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Difahamkan, Khalid meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekitar jam 3 petang tadi.

PROFIL: KHALID ALI

Nama: Abd Mohd Khalid Mohd Ali

Adik beradik: Anak kelima daripada sembilan beradik.

Skuad kebangsaan: 1977 hingga 1983.

Posisi: Bek kanan dan ditukarkan sebagai pemain tengah bertahan.

Aksi sulung: Piala Presiden Park 1977 di Seoul, Korea Selatan

Pasukan negeri: Selangor dan Kuala Lumpur

Jumlah gol Khalid di pusingan kelayakan Olimpik:

3 gol menentang Indonesia

2 gol menentang Filipina

1 gol menentang Korea Selatan

Bekas pemain Selangor itu menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985 yang mana pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

Sebelum ini, Khalid disahkan disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat sejak Mac tahun lalu dan susulan itu, tahap kesihatannya mula merosot dan perlu menjalani rawatan berkala.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *