PM Anwar Umum Pelaburan KWAP RM3 Bilion Melalui Dana Pemacu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) 2024 di KLCC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Astro Awani

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan melabur melalui Dana Pemacu sehingga RM3 bilion.

Perdana Menteri berkata, ia akan dilakukan dalam pelaburan patuh Syariah untuk menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan Malaysia dan juga memangkin ekosistem pelaburan teroka.

Katanya, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pula akan menubuhkan ‘Social Exchange’ pertama di Malaysia, pendekatan berstruktur untuk penyertaan modal swasta dalam projek dengan hasil sosial yang positif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) 2024 di KLCC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Astro Awani

“Ini akan memberi manfaat kepada entiti seperti badan bukan kerajaan (NGO), perusahaan sosial dan Majlis Agama Islam Negeri.

“Ketiga, saya juga berbesar hati memperkenalkan dimensi baharu kepada terbitan sukuk kita di bawah kerajaan Malaysia melalui struktur wakalah ‘bil-khadamat’.

“Kita merancang untuk memuktamadkan sukuk ini menjelang 2025, sambil berusaha untuk menyelesaikan semua pengaturan dan penyediaan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) dengan tema Ekonomi Islam Global: Agenda Reformasi Untuk Kesejahteraan Bersama di sini, hari ini.

  • Laporan Hazwan Faisal Mohamad 


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *