PM Anwar Rasmi Global Forum Of Islamic Economics and Finance (GFIEF) 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Global Forum of Islamic Economics and Finance (GFIEF) 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Global Forum of Islamic Economics and Finance (GFIEF) 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Dalam ucapan, beliau berkata Ekonomi islam perlu sejajar dengan Maqasid Syariah dan tidak seharusnya terikat dengan pemikiran hukum semata mata.

Sebaiknya, ia harus diperluas kepada cabaran baru industri antaranya sekuriti makanan, sektor digital, AI serta prinsip keadilan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Global Forum of Islamic Economics and Finance (GFIEF) 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto RTM

Forum anjuran Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) itu berlangsung selama 2 hari bermula hari ini; bagi membincangkan dan memajukan ekonomi serta kewangan Islam khususnya dalam kalangan Pertubuhan kerjasama negara-negara islam (OIC).

Bertemakan ‘Shaping a Resilient Global Islamic Economy Through Values-based Reforms’, GFIEF akan menghimpunkan para penggubal dasar, peneraju perniagaan dan penyedia perkhidmatan kewangan dari seluruh dunia.

Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Wartawan: Atikah Makhtar


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *