PM Anwar Ucap Takziah Buat Keluarga Nahas Helikopter

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter berlanggar di Lumut, Perak hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 Apr – Satu siasatan segera akan dijalankan Kementerian Pertahanan khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mencari punca nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa satu siasatan segera akan dijalankan Kementerian Pertahanan khususnya TLDM untuk mencari punca nahas tersebut.
Katanya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.
“Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dengan doa agar diberi kekuatan dalam menghadapi musibah ini.

“Tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara.
“Saya dimaklumkan satu siasatan segera akan dijalankan Kementerian Pertahanan khususnya TLDM untuk mencari punca nahas,” katanya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.
Anwar turut mendoakan semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka.
“Semoga Tuhan mengasihi mereka dan memberi tempat dan kedudukan yang istimewa di-Sisinya.
“Al-Fatihah,” ujar beliau.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

