PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Juara Dunia, Tang Jie-Ee Wei

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tang Jie-Ee Wei menjadi juara dunia beregu campuran Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 pada 31 Ogos 2025. Foto X Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang muncul juara Kejohanan Badminton Dunia, di Adidas Arena, Paris, sebentar tadi.
Gandingan keempat dunia itu mencatat kemenangan 21-15, 21-14 dalam tempoh hanya 40 minit yang menundukkan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam aksi final yang mendebarkan di Adidas Arena.
“Hadiah Hari Kebangsaan buat Malaysia!

“Tahniah kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, atas pencapaian membanggakan di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025.
“Terima kasih kerana telah bekerja keras demi mengharumkan nama negara,” kata Anwar dalam platform X.
Anwar kini berada di Tianjin, China bagi melakukan lawatan kerja atas jemputan Presiden Xi Jinping.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
