PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin Dilantik PM Baharu Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Anutin Charnvirakul kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 7 September 2025. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand yang baharu Anutin Charnvirakul.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan ucapan itu disampaikannya kepada Anutin menerusi panggilan telefon pada lewat petang hari ini.

“Saya juga menzahirkan kegembiraan kerana beliau merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama saya sewaktu susah dan senang.

“Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala selain perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN,” katanya.

Menurut Anwar, Anutin memaklumkan bahawa upacara angkat sumpah jawatannya akan berlangsung dalam tempoh seminggu.

“… dan beliau menantikan peluang untuk berjumpa saya sejurus selepas itu,” kata Anwar.

Anutin Charnvirakul berikrar untuk menunaikan janji memimpin kerajaan sementara dan memulihkan Thailand sebelum mengadakan pilihan raya umum baharu. Foto Reuters

Anutin, 58, yang juga ketua parti Bhumjaithai, secara rasmi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 hari ini, selepas menerima perkenan diraja, sekali gus menandakan lembaran baharu dalam kepimpinan politik negara itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *