PM Anwar Ucap Tahniah Kemenangan BN Di Kinabatangan, Lamag

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada YB Parlimen Kinabatangan dan YB DUN Lamag yang baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar serta Mohd Ismail Ayob atas kemenangan BN pada 24 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) di atas kemenangan pada PRK Kinabatangan dan Lamag, semalam.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), komponen dalam Kerajaan Perpaduan berkata, keputusan terbabit mencerminkan keyakinan berterusan rakyat terhadap usaha, khidmat dan komitmen di peringkat akar umbi selain wajar ditanggapi dengan sikap tanggungjawab sebagai amanah rakyat.

“Kerajaan Madani akan terus menjunjung semangat muafakat dan kebersamaan demi memastikan pembangunan di Sabah dapat dimantapkan, kesejahteraan rakyat terus dipelihara dan agenda yang madani dapat dijelmakan dengan tekad secara bersama.

Perkasa Seni Bela Diri Silat Seiring Kemajuan Teknologi, Digital – PM Anwar

“Tahniah kepada YB Parlimen Kinabatangan dan YB DUN Lamag yang baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar serta Mohd Ismail Ayob atas kemenangan ini dan dengan doa agar legasi khidmat dan kepemimpinan Allahyarham Bung Moktar Radin terus dipelihara sebaiknya,” katanya di Facebook.

PRK Kinabatangan menyaksikan Naim yang mewakili BN menang dengan majoriti 14,214 undi menewaskan calon Warisan dan bebas.

Malaysia Mesti Keluar Dari Perangkap Pendapatan Sederhana – PM Anwar

Ismail pula merekodkan majoriti 5,681 undi dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon Warisan.

Dua PRK itu diadakan susulan kematian Bung Moktar yang menyandang dua kerusi terbabit pada 5 Disember tahun lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *