PM Anwar Ucap Selamat Hari Lahir Ke-100 Tahun Buat Mahathir

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat hari lahir ke-100 tahun buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 10 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 10 Jul – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat hari lahir ke-100 tahun buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.
“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
“Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna. Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.
“Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya-Allah,” ujar Anwar.
Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah dan menjadi Perdana Menteri paling lama memerintah iaitu dari 1981 hingga 2003 dalam Barisan Nasional (BN) dan 2018 hingga 2020 dalam Pakatan Harapan (PH).
Anwar pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa pemerintahan Mahathir dari 1993 hingga 1998.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
