PM Anwar Ucap Selamat Hari Lahir Buat Presiden Timor-Leste

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta dan Xanana Gusmão pada hari pertama lawatan bersejarah dua hari pada 23 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 26 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepada Presiden Timor-Leste, Dr Jose Ramos-Horta yang genap berusia 76 tahun.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar menzahirkan harapan agar tahun mendatang membawa kesihatan yang baik, kejayaan serta kebijaksanaan dalam kepimpinan kepada Ramos-Horta.
“Selamat hari lahir kepada sahabat saya, Presiden Dr Jose Ramos-Horta dari Timor-Leste. Malaysia amat menghargai persahabatan erat serta kerjasama strategik dengan negara itu, khususnya dalam memperkukuh hubungan dalam ASEAN,” menurut hantaran berkenaan.

Perdana Menteri turut berharap hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste akan terus berkembang demi kesejahteraan kedua-dua negara serta menyumbang secara positif kepada kemakmuran serantau.
Ramos-Horta, yang dilahirkan pada 26 Dis 1949 di Dili, merupakan penerima Hadiah Keamanan Nobel dan memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan serta pembinaan negara Timor-Leste.

Timor-Leste secara rasmi diterima sebagai anggota ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di bawah Kepengerusian Malaysia pada 26 hingga 28 Oktober lalu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
