PM Anwar Tiba Di Sibu, Mulakan Lawatan Kerja Ke Kapit Bertemu Rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dengan pesawat khas pada 9.03 pagi tadi untuk lawatan kerja sehari ke Bahagian Kapit. Foto Bernama

SIBU, 29 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Sibu di sini dengan pesawat khas pada 9.03 pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Bahagian Kapit.

Perdana Menteri berlepas dari Lapangan Terbang Miri setelah merasmikan majlis Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang di perkarangan sebuah pusat membeli-belah pada petang Sabtu disusuli dengan Jamuan Negeri yang dihoskan Kerajaan Sarawak pada sebelah malam.

Antara yang menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sibu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee; Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat mendarat di Rumah Rehat Sri Balleh Kapit pada pukul 10.00 pagi tadi disambut oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto RTM

Di Kapit, Anwar mempunyai program padat, bermula dengan Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah Kapit, diikuti dengan penyempurnaan majlis pecah tanah projek baharu pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit.

Selepas itu, Perdana Menteri akan mendengar taklimat mengenai projek pembinaan jambatan merentasi Sungai Batang Rajang di Nanga Yong, Kapit, sebelum menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Rumah Panjang Daerah Kapit dan Song di Rumah Robert, Nanga Sebatu, Kapit.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *