PM Anwar Tiba Di Kapit Mulakan Lawatan Kerja Tinjau Projek Untuk Rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat mendarat di Rumah Rehat Sri Balleh Kapit pada pukul 10.00 pagi tadi disambut oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto RTM
KAPIT, 29 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kapit selamat tiba ke Kapit untuk lawatan kerja sehari beliau ke Kapit hari ini.
Perdana Menteri selamat mendarat di Rumah Rehat Sri Balleh Kapit pada pukul 10.00 pagi tadi disambut oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta beberapa kenamaan lain.
Mengiringi Anwar pada lawatan kerja itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Terdahulu beliau tiba di Lapangan Terbang Sibu jam 9.03 pagi dan disambut Timbalan Menteri Pendidikan Sarawak, Residen Bahagian Sibu dan kenamaan lain.
Di Kapit, beliau dijadualkan hadir ke empat majlis iaitu Program Ramah Mesra bersama Pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah Kapit sebelum ke Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit baharu.
Selepas itu, beliau akan hadir ke Majlis Lawatan Tapak Projek Membina Jalan dan Jambatan Baharu yang menghubungkan Jalan Nanga Belawai ke Jalan Song-Kapit.
Anwar akan menamatkan lawatan seharinya dengan mengahadiri Program Ramah Mesra bersama Masyarakat Rumah Panjang Kapit dan Song yang akan diadakan di Rumah Robert, Nanga Sebatu Kapit.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
