PM Anwar Tiba Di Sabah Mulakan Lawatan Kerja Dua Hari

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 2 petang bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah.

KOTA KINABALU, 26 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Tanjung Aru di sini pada 2 petang bagi mengadakan lawatan dua hari ke Sabah.

Ketibaan Anwar disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama barisan Menteri Kabinet negeri serta ketua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Anwar, yang juga Presiden KEADILAN, akan menghadiri Program Rapat Umum dan Himpunan KEADILAN Sempena 27 Tahun Reformasi di tiga buah daerah di Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau lokasi tanah runtuh di IPG Kampus Gaya, di Penampang pada 19 September 2025. Foto Jalin Luin

Sejurus tiba, beliau meluangkan masa melawat Jambatan Kampung Rampayan, Manggatal sebelum meneruskan tinjauan ke Jeti Sungai Inanam bagi sesi lawatan pascabanjir di kawasan Inanam.

Perdana Menteri kemudian melawat Dewan Pisompuruan di Kampung Kobuni, Inanam sebelum menghadiri program kedua di Pusat Komuniti Desa, Merotai Besar, Tawau kira-kira jam 6 petang.

Beliau seterusnya akan menghadiri program ketiga di Dewan Yu Yuan, Sandakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Rapat Umum di Pusat Komuniti Desa, Merotai Besar, Tawau kira-kira jam 6 petang.

Pada Sabtu, Anwar akan menghadiri Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Kompleks Kuarters Angkatan Tentera Malaysia, Taman Samudera, Sandakan.

Selepas itu, beliau dijadual menghadiri Majlis Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Kompleks APMM Zon Maritim, Sandakan.

Perdana Menteri kemudian dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Sandakan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *