Perkukuh Segera 11 Tapak Menara Telekomunikasi Di Sabah – Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir pada Majlis Penyampaian Bantuan Pasca Banjir Ihsan Komuniti MADANI di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kota Kinabalu pada 26 September 2025. Foto Bernama

KOTA KINABALU, 26 Sep – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, sebanyak 11 menara telekomunikasi di Pantai Barat Sabah termasuk di Kota Kinabalu dan Penampang, dikenal pasti memerlukan kerja pengukuhan struktur tapak dengan segera.

Ini bagi memastikan bekalan elektrik dan rangkaian komunikasi kekal stabil ketika berlaku bencana seperti banjir atau tanah runtuh sekali gus memastikan kesalinghubungan digital dapat dilakukan seperti biasa.

Fahmi berkata, selain menara yang berisiko terjejas semasa Monsun Timur Laut (MTL) keutamaan juga akan diberikan kepada menara yang kerap mengalami gangguan bekalan elektrik akibat bencana di sesuatu kawasan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Pasca Banjir Ihsan Komuniti MADANI di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kota Kinabalu pada 26 September 2025. Foto Bernama

“Baru-baru ini di sebelah timur Sabah ada masalah bekalan (elektrik) yang terputus dan antara yang terkesan adalah menara-menara telekomunikasi. Saya telah minta supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti jumlah terkesan sepanjang dua tahun lepas untuk kita lihat trend gangguan.

“Berdasarkan maklumat itu, saya minta supaya menara-menara yang terkesan, paling kerap mengalami gangguan elektrik dilengkapi bantuan seperti set jana kuasa atau solar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Panca Banjir: Ihsan Komuniti MADANI kepada 219 penerima ahli Komuniti MADANI dan warga kementerian di Sabah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Para pelajar memanfaatkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi mengikuti pembelajaran tuisyen digital secara percuma termasuk bagi para pelajar terjejas banjir di Sabah. Foto NADI Malaysia

Katanya, gangguan elektrik turut memberi kesan kepada operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), justeru kerja pengukuhan struktur tapak di menara terbabit dijangka dapat dilakukan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *