PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Ketua Republik Tartastan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Rustam Minnikhanov, Rais (Ketua) Republik Tatarstan, sebuah wilayah di Rusia yang diadakan di Seri Perdana sempena lawatan kerja beliau di Malaysia selama dua hari. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 14 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, semalam.
Menerusi catatan dalam Facebook hari ini, Anwar berkata, pertemuan berkenaan berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya, sempena lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.
“Kami berbicara panjang berhubung usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Russia dengan dunia Islam, khususnya membabitkan negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Perbincangan kami turut menyentuh penyertaan Malaysia ke gabungan Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS).
“Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk menyertai gabungan ini, sepertimana yang sudah dinyatakan kepada Russia sebelum ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata, pertemuan itu juga digunakan untuk meneroka potensi memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang terutama dalam sektor halal, selain usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan.
Republik Tatarstan ialah sebuah wilayah majoriti Islam dalam Persekutuan Russia.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
