PM Anwar Serikan Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 Anjuran MCA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggaul ‘yee sang’ semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA yang berlangsung di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Foto Saddam Yusof
KUALA LUMPUR, 10 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Persatuan Cina Malaysia (MCA) di Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini hari ini.
Ketibaan Perdana Menteri kira-kira jam 9.30 pagi disambut timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan dan menteri-menteri kabinet.
Yang turut hadir pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bersama pasangan masing-masing.
Ini merupakan program pertama beliau hadiri sempena Tahun Baharu Cina tahun ini.
Anwar yang berpakaian merah diraikan dengan tarian singa dan ribuan masyarakat Tionghua hadir pada majlis yang sederhana namun cukup meriah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan kemudian menggaul ‘yee sang’ bersama pemimpin lain termasuk Ahmad Zahid, Ka Siong dan Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Pengerusi BN.
Pelbagai juadah enak disediakan buat para tetamu sambil acara hiburan turut disajikan di Dewan San Choon hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
