MPTMA63: PM Anwar Hadiri Majlis Makan Malam Anjuran Kerajaan Sabah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu pada 10 September 2026. Foto PMO

KOTA KINABALU, 10 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam anjuran Kerajaan Negeri Sabah sebagai simbolik permulaan bagi Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 MTPMA63, malam tadi.

Ketibaan Anwar disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud serta para pemimpin kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu pada 10 September 2026. Foto PMO

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 6.45 petang tadi bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah, sebelum menghadiri majlis berkenaan.

Anwar sempat mengadakan pertemuan ringkas bersama Hajiji dan Abang Johari yang kali terakhir diadakan semasa Rundingan Tahunan Pemimpin (ACL) Malaysia-Brunei di Bandar Seri Begawan bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Hajiji dan Abang Johari ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu pada 10 September 2026. Foto PMO

Pada majlis berkenaan, Anwar turut beramah mesra dengan para hadirin serta tetamu dalam suasana meriah dan mesra sebaik tiba di Magellan Sutera Harbour Hotel di sini, dengan pelbagai persembahan kebudayaan etnik Sabah disajikan buat para tetamu.

Pada majlis berkenaan, Anwar menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran para pemimpin kedua-dua negeri yang terus memberikan komitmen tinggi bagi menyelesaikan isu tertunggak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu pada 10 September 2026. Foto PMO

Ketika berucap selaku tuan rumah Hajiji berkata, menjelang Sambutan Hari Malaysia ke-63 yang bakal disambut 16 September depan, semangat kebersamaan yang membawa kepada pembentukan Malaysia pada 1963 terus menjadi asas penting dalam memelihara hubungan erat antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu pada 10 September 2026. Foto PMO

“Hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan, Sarawak, dan Sabah terus menjadi asas penting dalam usaha kita mencari penyelesaian secara bersama,” katanya.

Tambah Hajiji, majlis makan malam berkenaan diharap menjadi pembuka yang baik kepada perbincangan hari ini dalam semangat kekeluargaan Malaysia dan saling menghormati, sambil merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri serta Premier Sarawak atas kehadiran mereka di Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu pada 10 September 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *