PM Anwar Selar ‘Ulama’ Ulas Isu Harga Minyak – Dangkal, Mengelirukan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada 9 April 2026.

PUTRAJAYA, 9 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, pelbagai faktor menyebabkan lonjakan dalam kenaikan harga minyak di pasaran tempatan dan bukan semata-mata disebabkan kekurangan bekalan bahan api berkenaan.

Sambil menyelar sikap beberapa orang politik yang tidak menyampaikan fakta sebenar berkenaan situasi dan tempias konflik Asia Barat, Perdana Menteri menegaskan perkara itu juga tidak membantu negara dalam mendepani krisis malah mengelirukan rakyat.

“Ada ulas-ulasan, ada yang digelar sebagai ‘ulama’ dan sebagainya, dia memberikan pandangan begitu. Ada ulama yang terkenal yang ada banyak pengikutnya yang beri pandangan umpamanya dengan mengatakan, ‘Oh tak betul, minyak tak naik, di Malaysia saja naik.’

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada 9 April 2026.

“Itu fahaman kedangkalan ilmu yang ketara, tapi diselubungi oleh fahaman agama dan Al-Quran menyebabkan orang agak percaya. Tapi dia tidak membantu, malah mengelirukan,” ujarnya.

Terdahulu, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, kenaikan harga minyak domestik tidak sepatutnya terkesan secara langsung memandangkan negara mempunyai sumber minyak dan gas sendiri serta jaringan kerjasama dengan negara pengeluar lain.

Selain daripada kekurangan bekalan, Perdana Menteri menjelaskan, pelbagai kos lain termasuk kenaikan harga insurans perkapalan dan pengangkutan turut menjadi faktor mengapa harga petrol dan diesel tempatan naik sejak konflik tercetus di Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada 9 April 2026.

Ini setelah walaupun terdapat beberapa perkembangan sementara yang meredakan, namun situasi keseluruhan dalam sistem rantaian bekalan bahan api global masih belum pulih sepenuhnya.

“Kos minyak yang naik ini, yang diambil sebelum perang, tersangkut di Selat Hormuz dan sekarang (untuk) beralih ke Pengerang itu kosnya meningkat kerana kos insurans yang melepasi 100 peratus.

“Kos pengangkutan sendiri, freight charges juga bertambah. Maknanya minyak yang asalnya itu sepatutnya rendah untuk diproses di Pengerang, itu sudah meningkat kosnya,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada 9 April 2026.

Beliau berucap demikian pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian di Kementerian Pengangkutan, di sini hari ini.

Tegas Anwar, Menurutnya, situasi geopolitik semasa susulan konflik membabitkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat terus menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran, sekali gus mempengaruhi harga minyak dunia yang memberi tempias kepada negara.

Sehubungan itu, beliau menegaskan keperluan semua pihak memahami isu sebenar dan tidak menyebarkan tafsiran mengelirukan, sebaliknya membantu memberi penjelasan tepat kepada rakyat mengenai faktor sebenar kenaikan kos dan tekanan ekonomi semasa.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *