PM Anwar Sampaikan Ucaptama ‘Presidential Lecture’ Di Istana Presiden Timor-Leste

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama dalam siri Presidential Lecture di Istana Presiden di Timor-Leste jam 4 petang ini. Ucaptama itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM. Foto Facebook Anwar Ibrahim

DILI, 24 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama dalam siri Presidential Lecture di Istana Presiden di Timor-Leste jam 4 petang ini waktu Malaysia.

Perdana Menteri berkata, ucaptama yang menyentuh mengenai hubungan dua hala dan isu-isu global itu, disampaikan sempena lawatan rasminya ke Timor-Leste.

“Program ini menjadi wadah penting untuk berkongsi pandangan mengenai hubungan dua hala, kerjasama serantau serta isu-isu global yang mendasari kepentingan bersama,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Ucaptama itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Anwar bertolak ke Timor-Leste semalam untuk lawatan rasmi selama dua hari.

Lawatan itu adalah atas jemputan rakan sejawatnya, Kay Rala Xanana Gusmão dan akan memfokuskan kepada memperkukuh hubungan dua hala sambil menyokong kesediaan Timor-Leste untuk menjadi ahli ke-11 blok serantau ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri resepsi makan malam yang dihoskan oleh Presiden Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta serta Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão di Dili pada 23 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Nilai dagangan dua hala Malaysia-Timor-Leste pada 2024 mencecah RM85 juta pada tahun lalu dengan kira-kira 250 syarikat Malaysia beroperasi di negara itu dalam sektor perkhidmatan, pembinaan dan perdagangan.

Setakat ini, kira-kira 150 rakyat Malaysia daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja mahir berdaftar di Kedutaan Malaysia di Dili.

Hubungan rakyat dengan rakyat turut diperkukuh melalui kemudahan perjalanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri resepsi makan malam yang dihoskan oleh Presiden Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta serta Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão di Dili pada 23 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sejak 16 Ogos lalu, rakyat Malaysia menikmati kemudahan bebas visa ke Timor-Leste, sejajar dengan semangat integrasi ASEAN yang memudahkan pergerakan antara negara anggota.

Timor-Leste memohon menyertai ASEAN pada 2011. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, pemimpin bersetuju menerima negara itu sebagai anggota ke-11 blok berkenaan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada bulan depan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *