PM Anwar Sambut Ketibaan Presiden Lee Sempena Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Ke-26

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meyambut ketibaan Jae Myung pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan ke-26 di KLCC hari ini. Foto Sekretariat ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut kehadiran Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung ke Sidang Kemuncak ASEAN-Korea ke-26 sempena Sidang Kemuncak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Ketibaan Lee jam 9.25 pagi itu disambut Anwar dengan penuh mesra mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua pemimpin dan ini merupakan lawatan pertama Lee selaku Presiden sejak dilantik pada September lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Jae Myung pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan ke-26 di KLCC hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam ucapan pembukaan sidang, Lee menegaskan ASEAN bukan sekadar jiran serantau kepada Korea, malah sentiasa bergantung antara satu sama lain selain jambatan menghubungkan antara Asia Timur dengan Asia Tenggara.

Presiden Korea Selatan itu berkata, ia boleh dilihat menerusi pengalaman lalu yang membanggakan antara lain sewaktu bersama-sama mengatasi krisis kewangan, pandemik atau bencana alam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Jae Myung pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan ke-26 di KLCC hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“ASEAN merupakan jiran sentiasa saling bergantung dan menempuh kesukaran bersama. Sepanjang lebih 30 tahun lalu, rakyat Korea telah menjadikan ASEAN destinasi utama bagi lebih 10 juta rakyat Korea setiap tahun.

“Kini ASEAN merupakan tiga rakan pendidikan utama bagi Korea, manakala Korea pula melabur secara besar-besaran dalam masa depan ASEAN melalui Program ODA, dengan kadar penyertaan sebanyak 85 peratus,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Jae Myung pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan ke-26 di KLCC hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Jae-Myung berkata, syarikat-syarikat Korea dalam sektor automotif, keluli dan elektronik turut memainkan peranan penting dalam memacu perindustrian dan kemajuan teknologi di rantau ASEAN.

Malah, katanya, ASEAN dan Korea pada tahun lalu telah memperingati ulang tahun ke-35 hubungan dialog rasmi dengan menaik taraf hubungan kepada Rakan Strategik Menyeluruh (CSP) yang mana tahap kerjasama tertinggi antara kedua-dua pihak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Jae Myung pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan ke-26 di KLCC hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Berdasarkan semangat Sidang Kemuncak Khas ASEAN–Korea ke-30, kami sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Khas ASEAN–Korea ke-40 di Korea pada tahun 2029, sempena ulang tahun ke-40 hubungan istimewa ini.

“Menjelang tahun 2029, kami berhasrat untuk memastikan CSP bukan sekadar simbol hubungan yang kukuh, tetapi turut membawa manfaat nyata kepada rakyat di kedua-dua rantau,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Jae Myung pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan ke-26 di KLCC hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, beliau berkata, Korea mengemukakan tiga tumpuan dasar utama terhadap ASEAN antaranya republik itu sebagai rakan pembina impian dan harapan ASEAN melalui pertukaran tahunan melibatkan 15 juta orang, direalisasikan komuniti ASEAN yang berteraskan rakyat.

“Seterusnya, Korea sebagai pemangkin pertumbuhan dan inovasi ASEAN. Kami berhasrat meningkatkan jumlah perdagangan dua hala kepada dolar Amerika Syarikat (AS)$300 bilion setahun, sambil memperluas kerjasama teknologi, industri hijau dan ekonomi digital.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Jae Myung pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan ke-26 di KLCC hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Korea sebagai rakan keamanan dan kestabilan ASEAN. Korea akan memperkukuh kerjasama dalam membanteras jenayah rentas sempadan, keselamatan maritim dan pengurusan bencana, bagi membina komuniti serantau yang berdaya tahan dan aman,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga visi itu selaras dengan Visi Komuniti ASEAN 2045 yang menekankan pembentukan komuniti berpusatkan rakyat, inovatif, dinamik dan berdaya tahan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *