PM Anwar Rakam Penghargaan Kepada Mohd Zuki

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan sentuhan kad perakam waktu terakhir daripada Tan Sri Mohd Zuki yang akan bersara esok pada hari terakhir perkhidmatannya di Pejabat Perdana Menteri. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 9 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bersara sebagai Ketua Setiausaha Negara esok.
Perdana Menteri berharap Zuki terus berjaya dalam hidupnya setelah mencurahkan keringat sebagai penjawat awam lebih 30 tahun.
“Kepada Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bersara sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan penjawat awam secara rasmi esok, saya zahirkan penghargaan atas perkhidmatan dan bakti yang dicurahkan dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun ini.

“Terima kasih, moga terus sukses dalam perjalanan hidup seterusnya dan diberkati Yang Maha Esa, ” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Sebagai harapan kepada Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar yang bakal memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara baharu Isnin depan, Perdana Menteri mengucapkan selamat maju jaya.
“Moga dasar-dasar kerajaan terus dilaksanakan dengan cekap dan berkesan hatta menyumbang kepada pembangunan serta kejayaan negara,” katanya.
Yang turut hadir pada majlis ringkas di pejabatnya siang tadi ialah para pegawai kanan kerajaan serta kakitangan Pejabat Perdana Menteri.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
