Paris 2024: Perjuangan Nurul Izzah Berakhir Pada Pusingan 1/32

Nurul Izzah ketika perlumbaan repechage saingan 1/32 pada Sukan Olimpik Paris 2024 pada Jumaat. Foto Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM)

PARIS, 9 Ogos – Perjuangan pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dalam acara pecut individu berakhir di perlumbaan saringan repechages pusingan 1/32, sebentar tadi.

Nurul Izzah menamatkan saringan keempat repechages di tempat kedua manakala Lauriane Genest dari Kanada mengungguli perlumbaan untuk mara ke pusingan 1/16.

Pelumba Jepun, Riyu Ohta melengkapkan perlumbaan saringan berkenaan tiga pelumba itu di tempat terakhir di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines.

Terdahulu, Nurul Izzah, 20, mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan miliknya di pusingan kelayakan.

Nurul Izzah yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik mencatat 10.709 saat (s) pada perlumbaan kelayakan sekali gus memadam rekod kebangsaan 10.903s yang dilakukannya di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC), di Nilai, tahun lalu.

Dengan catatan itu, Nurul Izzah yang diberi julukan The Pocket Rocketwoman berjaya melangkah mara ke pusingan 1/32 bertemu Sophie Capewell dari Great Britain namun tewas dan menyertai saingan repechages.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *