PM Anwar Rafak Sembah Takzim Ulang Tahun Keputeraan Sultan Brunei

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-78 hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 15 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 pada Isnin.
Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri mendoakan Kebawah Duli Tuanku, Sultan Hassanal Bolkiah kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam.
“Semoga hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh, insya-Allah,” katanya hari ini.
Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.
Baginda kini memerintah negara selama kira-kira 57 tahun dan antara pengisian program sempena sambutan itu ialah Perhiasan Bandar : pintu-pintu gerbang, lampu-lampu cucul, pemasangan ‘Giant Banner’, Kain Rentang dan Vertical Banner.
Upacara Pengibaran dan Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam; Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran dijangka akan diadakan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
