PM Anwar Pulang Ke Rumah Selepas Jalani Rawatan Di Hospital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di kediamannya setelah menjalani rawatan di hospital pada 12 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sudah pulang ke rumah selepas menjalani rawatan di hospital selama dua hari.

“Alhamdulillah, back home,” katanya dalam kenyataan ringkas di media sosial hari ini dengan berkongsi foto sedang membaca sebuah buku.

Isnin lalu, Anwar telah selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia).

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan Anwar, Tengku Nashrul Abaidah memaklumkan Perdana Menteri sedang menjalani pemeriksaan dan prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *