PM Anwar, PM Li Setuju Pertingkat Kerjasama Menerusi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang ketika mengadakan pertemuan dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Komitmen dalam mempertingkat kerjasama strategik dalam kerangka Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang akan berlangsung esok, menjadi inti pati pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang.

Pada pertemuan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi Republik Rakyat China (PRC) dalam memperkukuh kerjasama serantau di masa hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang ketika mengadakan pertemuan dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Antara bidang tumpuan termasuk ekonomi, industri halal, perdagangan, pengangkutan terutamanya berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tenaga hijau serta pembangunan teknologi kecerdasan buatan,” katanya menerusi hantaran di laman X beliau, malam ini.

Hubungan erat antara kedua-dua negara diyakini mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi serantau yang kini dihubungkan melalui sidang kemuncak yang bakal diadakan buat julung kalinya di ibu negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang ketika mengadakan pertemuan dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Yang turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pada pertemuan itu juga, Anwar turut merakamkan penghargaan Malaysia terhadap sokongan China dalam usaha meningkatkan solidariti dan kerjasama antara negara Selatan Global kerana secara tidak langsung ia menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di peringkat serantau dan global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang ketika mengadakan pertemuan dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kerjasama erat ini amat bermanfaat buat Malaysia, China dan seluruh ASEAN. Semoga Sidang Kemuncak ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi rantau secara menyeluruh,” katanya.

Li tiba ibu negara awal hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak yang pertama seumpamanya menghimpunkan pemimpin ASEAN dan GCC serta kuasa besar dunia itu dalam satu pertemuan antarabangsa berprofil tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang ketika mengadakan pertemuan dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat berkaitan berlangsung hari ini dan esok, serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 yang turut dihadiri pemimpin negara-negara Asia Barat.

Malaysia pada tahun kni memegang jawatan Pengerusi ASEAN buat kali kelima sepanjang sejarahnya sebagai anggota blok serantau itu, setelah mempengerusikannya sebelum ini pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *