PM Anwar Mahu Pihak Berkaitan Laporan Bloomberg Ambil Tindakan Lanjut

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama lebih 2,000 jemaah di Pusat Muktamar Islam, Malaysia Airlines Berhad (MAB) Sepang, Selangor. Foto RTM

SEPANG, 26 Apr – Perdana Menteri menegaskan pihak berkepentingan yang disebut dalam laporan Bloomberg seharusnya mengambil tindakan terhadap dakwaan kononnya kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk operasi kasino di Forest City, Johor.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan saman terhadap laporan berkenaan, Anwar menjawab; “Mereka (pihak berkepentingan) yang akan ambil tindakan lanjut.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai solat Jumaat di Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines Berhad (MAB) di sini hari ini.

Anwar turut menjelaskan, pihak-pihak yang disebut dalam laporan itu juga seharusnya mengambil tindakan lanjut.

“Those who mention must take the nesssary action. (Mereka yang menyebut perlu mengambil tindakan yang diperlukan),” katanya lagi.

Semalam, Anwar menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Anwar juga berkata, laporan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

Laporan Bloomberg yang memetik sumber tidak dinamakan portal perniagaan itu berkata, projek kasino berupaya menyuntik ‘pemulihan’ terhadap projek Forest City bernilai RM478.35 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama lebih 2,000 jemaah di Pusat Muktamar Islam, Malaysia Airlines Berhad (MAB) Sepang, Selangor. Foto RTM

Laporan itu mendakwa Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk menubuhkan kasino di Forest City – projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion) di Johor yang sedang berdepan kemungkinan menjadi gajah putih, dakwa portal itu.

Tambah portal itu memetik sumber yang menyebut Perdana Menteri berjumpa dengan pengasas Berjaya Corp, Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dalam satu mesyuarat minggu lalu untuk membincangkan perkara berkenaan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *