PM Anwar Mahu Pengurusan Syarikat Bawah YPB Terjemah Dasar, Visi Kerajaan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YPB Bilangan 1 Tahun 2024 di Putrajaya pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 27 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menenakankan pengurusan syarikat-syarikat bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) perlu menterjemah visi dan dasar kerajaan secara menyeluruh didasari dengan mandat yang diberikan sejak penubuhannya.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) adalah bawah pemilikan YPB dan perkara itu adalah sebahagian daripada strategi pemusatan institusi pelaburan bumiputera melalui yayasan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YPB Bilangan 1 Tahun 2024 di Putrajaya pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya tekankan kepentingan pengurusan syarikat-syarikat bawah YPB agar menterjemah visi dan dasar kerajaan secara menyeluruh.

“Selain pulangan kewangan kepada pelabur, penting bagi diterapkan inisiatif pembangunan masyarakat berkaitan ilmu pengurusan kewangan, keusahawanan dan inovasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YPB Bilangan 1 Tahun 2024 di Putrajaya pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selain itu, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) perlu menjadi peneraju dalam menyokong usaha kerajaan terkait hala tuju dan isu seperti ekonomi hijau, pemodenan industri pertanian dan gaji yang setimpal,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YPB Bilangan 1 Tahun 2024 dan ia mempunyai peranan penting dalam agenda pembangunan bumiputera melalui kumpulan syarikat bawah PNB, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Universiti Tun Abdul Razak.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *