PM Anwar Mahu KEADILAN Perkukuh Gerak Kerja Pertahan Pandan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan KEADILAN Pandan selepas pertemuan yang diatur Tengku Zafrul Aziz pada 17 Mei 2026. Foto X

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh anggota KEADILAN Cabang Pandan supaya terus mengekalkan kesatuan, memperkukuh gerak kerja jentera serta memastikan parlimen itu kekal menjadi kubu parti itu.

Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di X, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Tengku Zafrul Aziz, berkata pesanan terbabit disampaikan Perdana Menteri ketika pertemuan bersama pimpinan KEADILAN Pandan yang diaturnya sempena Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru.

“Dalam pertemuan ini, pimpinan Pandan menyatakan kesetiaan kepada parti serta komitmen untuk memperkukuh gerak kerja di Cabang Pandan.

“Presiden turut berpesan agar amanat ini disampaikan kepada seluruh anggota KEADILAN Pandan: kekalkan kesatuan, gerakkan jentera dan pastikan Parlimen Pandan terus kekal milik KEADILAN,” katanya.

Hantaran dimuat naik Tengku Zafrul di laman Threads berhubung pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan KEADILAN Cabang Pandan pada 17 Mei 2026.

Ahad lalu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang juga bekas timbalan presiden KEADILAN mengumumkan keluar daripada KEADILAN selain mengosongkan kerusi parlimen yang dimenangi atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Pengambil alihan Parti Bersama Malaysia (Bersama) kononnya akan mempertahankan kerusi itu pada PRU16 pula dilihat tipis kerana majoriti rakyat masih lagi bersama PH dan bukannya sosok individu tertentu yang sudah muflis integriti dan prinsip perjuangan sendiri.

Apa yang berlaku kini adalah semata-mata percaturan politik peribadi malah langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat yang memilih mereka atas tiket perjuangan reformasi dan kestabilan Kerajaan MADANI. Foto janaan AI

Kekecewaannya bertambah setelah tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden kepada Nurul Izzah Anwar lalu ‘merajuk’ dan meroyan dalam siri-siri podcast mengkritik parti sendiri, bagaimanapun sambutan makin suram dari semasa ke semasa.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *