PM Anwar Mahu Isu Teknikal Projek Pembangunan Diselesai Segera

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bil 1/2025 pada 23 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu segala isu teknikal membabitkan pelbagai agensi kerajaan berkaitan projek pembangunan negara diselesaikan segera bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Perdana Menteri berkata isu berkenaan membabitkan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, kerajaan negeri, agensi pelaksana dan pemilik projek itu perlu diselesaikan segera.

Ia dilakukan menerusi Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bil 1/2025 pada 23 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kerajaan MADANI mesti bergerak lebih proaktif, bertindak dengan kecekapan dan berfokus pada penyelesaian yang tuntas. Setiap sen peruntukan Rancangan Malaysia wajib dimanfaatkan sebaiknya demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bil 1/2025 hari ini.

Tambah hantaran itu lagi, mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu hasil Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri, penambahbaikan pelaksanaan projek oleh Jabatan Kerja Raya dan pelaksanaan sekolah vertikal di bandar utama.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata isu kelewatan projek dan kerenah pentadbiran yang diwarisi sejak era 1980-an seharusnya tidak berulang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bil 1/2025 pada 23 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita tidak punya ruang untuk mengulangi kegagalan yang sama. Masa tidak menunggu kita dan rakyat pula menuntut tindakan, bukan alasan,” kata beliau.

Tambah Anwar, kerajaan komited memperkenal pendekatan baharu dalam penyediaan infrastruktur pendidikan melalui model sekolah vertikal di lokasi seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang mengenai keperluan untuk mendepani realiti pembangunan bandar yang semakin padat.

“Dengan dukungan pemaju swasta, Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Pendidikan akan bergandingan erat untuk menjayakan inisiatif ini agar akses kepada pendidikan berkualiti kekal terjamin buat anak-anak warga kota walau di tengah keterbatasan ruang,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bil 1/2025 pada 23 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *