PM Anwar Mahu Fokus 2026 Tumpu Perkasa Projek, Program Beri Manfaat Pada Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 3 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan fokus pada 2026 perlu ditumpu kepada aspek memperkasakan projek dan program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat terbanyak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

Menerusi hantaran melalui Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

Katanya, mesyuarat itu antara lain membincangkan perkembangan dasar perumahan, pembangunan bandar dan usaha memperkukuhkan peranan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

Beliau berkata, perbincangan berlangsung secara terbuka dan konstruktif itu menyentuh pelbagai aspek penting merangkumi perancangan semasa dan status kemajuan pelaksanaan projek sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

Ia termasuk usaha memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik, mempercepat proses kelulusan projek, mempertingkatkan mutu tadbir urus, serta memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan penuh integriti dan akauntabiliti selaras kerangka Malaysia MADANI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

“Inti pati mesyuarat ini juga amat penting bagi membolehkan kementerian merangka langkah-langkah strategik yang lebih tuntas dan responsif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

“Ia demi menjamin perancangan perumahan dan pembangunan komuniti benar-benar memenuhi keperluan rakyat, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

“Hatta, fokus 2026 harus ditumpukan kepada memperkasakan projek dan program demi rakyat terbanyak, terutama aspek perumahan mampu milik yang berkualiti, kebersihan kawasan awam dan pengurusan sisa lebih sistematik,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri turut diberi taklimat mengenai K.H.A.S (Keutamaan Insan, Hasil Pantas, Anjakan Berimpak Tinggi, Sistematik) – satu kerangka komitmen KPKT dalam melaksanakan reformasi yang akan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

K.H.A.S ialah pelaksanaan dasar kementerian yang mengutamakan keperluan rakyat, memacu penyampaian perkhidmatan pantas, melaksanakan perubahan struktur berimpak besar, dan memastikan tadbir urus yang telus serta sistematik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *