PM Anwar Lulus Peruntukan RM150 Juta Baiki Baraj Sungai Sarawak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

KUCHING, 13 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi membaiki baraj Sungai Sarawak yang terjejas akibat hakisan.

Ketika mengumumkan perkara tersebut, Perdana Menteri berkata, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah memohon peruntukan tersebut kepada beliau semasa Mesyuarat Kabinet Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Jelasnya, permohonan peruntukan itu diluluskannya semasa Mesyuarat Pembangunan Negeri yang diadakan di Kompleks Satria Pertiwi di sini yang turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada Jumaat.

“Jadi kita sudah setuju setelah mendengar, sekitar RM150 juta diperuntukkan untuk segera baiki baraj tersebut,” katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Anwar berkata, peruntukan tersebut diluluskan segera bagi menangani isu banjir berulang serta membaiki sistem saliran yang menghalang air hujan dan isu hakisan daripada melepasi kawasan tertentu di sepanjang sungai berkenaan.

Sementara itu, Fadillah ketika ditemui pemberita memberitahu, peruntukan sebanyak RM150 juta itu diluluskan bagi menangani isu berkenaan di baraj khususnya di kawasan huluan dan hiliran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Ujarnya, perkara ini dibincangkan dalam konteks rancangan terbatas banjir, dan kajian negeri mengenai integriti baraj menjadi salah satu perkara penting yang diminta sebelum kelulusan dapat diberikan.

“Cuma kajian daripada pihak negeri perlu diberi secepat mungkin untuk kita angkatkan kepada Kementerian Ekonomi dan juga kepada Kabinet,” jelas beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Hadir sama, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Speaker Dewan Negara Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar,.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Turut hadiri, barisan Menteri Kabinet Sarawak dan Persekutuan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki barisan Timbalan Menteri Kabinet Sarawak dan Persekutuan serta dif kenamaan lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *