PM Anwar Luang Masa Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen dan petugas pada 24 Februari 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen dan petugas pada 24 Februari 2026. Foto PMO

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen itu dihadiri Perdana Menteri yang tiba kira-kira jam 6.30 petang dan disambut oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, serta Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen dan petugas pada 24 Februari 2026. Foto PMO

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara; serta warga dan petugas Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen dan petugas pada 24 Februari 2026. Foto PMO

Anwar kemudian bersalaman dengan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta berbual ringkas dengan para petugas Parlimen yang diraikan dalam majlis berbuka puasa dengan juadah yang disediakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen dan petugas pada 24 Februari 2026. Foto PMO

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata, beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga dan petugas Parlimen Malaysia hari ini dalam suasana penuh ukhuwwah dan kesederhanaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen dan petugas pada 24 Februari 2026. Foto PMO

“Sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, hadirin diperdengarkan tazkirah ringkas yang mengingatkan kita akan pentingnya memperbanyak amal, memperkukuh kebajikan dan memaknai Ramadan sebagai medan memperhalus budi serta memperteguh nilai ihsan dalam kehidupan bernegara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen dan petugas pada 24 Februari 2026. Foto PMO

“Semoga Ramadan ini terus menyuburkan semangat kebersamaan, mempererat perpaduan dan menguatkan iltizam kita untuk bekerja demi rakyat dan negara,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen dan petugas pada 24 Februari 2026. Foto PMO

Bertemakan ‘Islah MADANI: Memurni Jiwa, Membangun Ummah’, majlis itu turut diserikan dengan pengisian tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen dan petugas pada 24 Februari 2026. Foto PMO

Antara lain, Ramadan memberi peluang memperbaiki diri serta memikirkan kemaslahatan ummah dalam memastikan tanggungjawab yang digalas dapat dilaksanakan sebaiknya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen dan petugas pada 24 Februari 2026. Foto PMO

Selepas majlis berbuka puasa, Anwar bersama kepimpinan tertinggi dan warga Parlimen menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di ruang khas di Dewan Bankuet Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Kampung Baru, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur pada 24 Februari 2026. Foto PMO

Sebelum itu, Anwar turut meluangkan masa meninjau kemeriahan Bazar Ramadan di Kampung Baru yang diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *