PM Anwar Lancar Pangkalan Data Utama (PADU) Di PICC Esok

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan PADU di PICC esok. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 1 JanSistem Pangkalan Data Utama (PADU) bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), esok.

Majlis peluncuran PADU yang bermula pada 8.30 pagi dijangka bakal dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin akan melakukan pembentangan mengenai PADU terlebih dahulu dan satu sesi forum turut diadakan dengan tajuk ‘Memacu Peralihan Melalui PADU’.

Perdana Menteri dijangka melancarkan sistem PADU pada jam 12.45 petang sebelum melakukan lawatan ke pameran.

Orang ramai dijemput hadir bersama-sama Perdana Menteri ke pelancaran itu, sekali gus menyaksikan bagaimana sistem itu menjadi komponen utama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan.

Bagi yang tidak berkesempatan ke PICC pula, mereka boleh mengikutinya secara atas talian yang akan disiar dalam platform media sosial bermula pukul 10 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan PADU di PICC esok. Foto Arkib

Selepas PADU dilancar Perdana Menteri, sistem tersebut akan dibuka kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengesahkan atau mengemas kini data isi rumah mereka selama tiga bulan iaitu dari 2 Januari ini hingga 31 Mac depan.

PADU adalah satu pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan semua data dari jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi gambaran seadilnya kedudukan sosio-ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

Untuk rekod, PADU dibangunkan sepenuhnya penjawat awam dari tiga agensi utama yang terdiri daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain.

Malah, PADU dibangunkan dengan menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *