PM Anwar Lakukan Lawatan Rasmi Pertama Ke Australia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese semasa sidang kemuncak ASEAN-Australia di Jakarta tahun lalu. Foto X Anthony Albanese
KUALA LUMPUR, 3 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Australia dan mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama iaitu Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.
Lawatan Anwar ke Australia atas jemputan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese itu, akan meliputi Melbourne yang bermula pada Ahad bagi menghadiri mesyuarat dan pertemuan penting, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatannya pada 7 Mac.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Sharrina Abdullah berkata lawatan itu, mencatatkan satu perkembangan penting dalam kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform dua hala dan pelbagai hala.
Beliau berkata hubungan Malaysia dan Australia telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap dan menjadi signifikan dengan penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sejak 2021.
“Kita berada dalam hubungan yang sangat baik dengan Australia,” katanya pada taklimat media menjelang lawatan Anwar, pada Ahad. – Bernama
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
