Parlimen Pakistan Pilih Shehbaz Sharif Sebagai Perdana Menteri

Shehbaz Sharif merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif. Foto Getty Images

ISLAMABAD, 3 Mac – Parlimen Pakistan pada Ahad memilih Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri ke-24 negara itu untuk penggal kedua, tiga minggu selepas pengundian pada 8 Februari, lapor Agensi Anadolu (AA).

Shehbaz ialah adik kepada Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Nawaz Sharif yang sebelum ini pernah menjadi perdana menteri sebanyak tiga kali.

Beliau memperoleh 201 undi di Dewan Rakyat untuk mengalahkan pesaingnya Omer Ayub Khan dari Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) iaitu parti bekas perdana menteri Imran Khan.

Shehbaz Sharif merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif. Foto Getty Images

Omer Ayub Khan sekadar memperoleh 92 undi.

Calon memerlukan sekurang-kurangnya 169 undi dalam dewan yang mempunyai 336 ahli.

Shehbaz dijangka mengangkat sumpah jawatan pada Isnin.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *