PM Anwar Kunjungi Bazar Ramadan Rahmah MADANI Di Ipoh

Anwar bertemu peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Rahman MADANI Taman Perpaduan, Ulu Kinta, hari ini. Foto Muhamad Lokman Khairi

IPOH, 25 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau Bazar Ramadan Rahmah MADANI Taman Perpaduan, dekat Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah-mesra bersama dengan peniaga dan pengunjung bazar.

Beliau tiba di Taman Perpaduan kira- kira 5.40 petang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Bazar Taman Perpaduan ialah bazar Ramadan Rahmah MADANI terbesar di Perak dengan menempatkan sebanyak 141 gerai.

Antara menu rahmah yang dijual ialah kebab ayam dan daging berharga RM6, ayam percik RM3 hingga RM8, apam balik RM1, ayam penyet RM5 hingga RM10, martabak RM6 dan air balang RM4.

Anwar bertemu peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Rahman MADANI Taman Perpaduan, Ulu Kinta, hari ini. Foto Muhamad Lokman Khairi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak membuka bazar Ramadan Rahmah MADANI di tiga tempat di Ipoh iaitu Taman Perpaduan, Taman Cempaka dan Taman Silibin dan sebuah lagi di daerah Manjung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *