PM Anwar Jamin Kerajaan MADANI Tumpu Keperluan Rakyat Sabah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan (kanan) dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar (dua dari kanan) di pejabatnya di Putrajaya pada 12 Mei 2026. Foto PMO
PUTRAJAYA, 12 Mei – Kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perihal berkaitan keperluan rakyat di Sabah.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar menegaskan, Kerajaan MADANI memberi jaminan akan terus memberi tumpuan terhadap kebajikan Sabah dengan memastikan setiap dasar serta bantuan terus dirasai oleh rakyat.

Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, perjumpaan itu bagi membincangkan dan meneliti beberapa perkara terkait pembangunan dan kebajikan rakyat di negeri berkenaan.
“Perbincangan turut menyentuh ikhtiar meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di kawasan luar bandar, termasuk usaha memperkukuh peluang ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan MADANI akan terus memberi tumpuan terhadap keperluan Sabah agar setiap dasar dan bantuan bukan sekadar diumumkan tetapi benar-benar sampai dan dirasai rakyat di lapangan, insya-Allah,” katanya.
Sabtu lalu, Anwar melakukan lawatan kerja sehari ke Kudat dan Pulau Banggi bagi meneliti aspek pembangunan dan projek berkepentingan rakyat.
Susulan itu, beliau meluluskan peruntukan RM31 juta bagi menambah baik infrastuktur dan kemudahan asas bagi rakyat di kedua-dua kawasan berkenaan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

